Categories: Trending

Dr Amalina Tolak Mitos Vaksin Covid-19 Ada Cip Pengesan Manusia

Berikutan khabar angin yang menular di laman sosial, doktor pelatih pakar bedah Dr Amalina Bakri tampil menjelaskan mengenai fakta vaksin Covid-19.

Menerusi IG storynya, Dr Amalina menjelaskan bahawa vaksin Covid-19 tidak mengandungi cip yang boleh mengesan kedudukan manusia.

“Tengok betapa kecilnya jarum dan sangat mustahil untuk memasukkan cip dalam vaksin berkenaan.

“Tambahan lagi, kalau betul ingin mengesan kedudukan manusia, hanya boleh dikesan melalui telefon pintar serta media sosial anda,” tulisnya.

Tambah beliau lagi, ramai yang tidak faham ilmu sains dan percaya kepada teori konspirasi. 

Dr Amalina sempat memesan bahawa beliau dan doktor doktor lain akan terus mendidik untuk menyampaikan ilmu yang tepat. 


Sumber: Instagram Dr Amalina

Kredit foto: Harian metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”