Trending By: Salma Syahbuddin July 9, 2020 @ 11:59am

Tiada Diskriminasi! Terutamanya Dalam Misi Tangani Kes Covid-19 – Dr Noor Hisham Abdullah

Berhubung tularnya isu dimana ada pihak yang kini mempersoalkan tentang kredibiliti Malaysia dalam menangani krisis Covid-19 terutamanya dikalangan warga asing, kerajaan sebenarnya mengendalikan saringan tersebut dengan adil.

Tiada unsur diskriminasi

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada diskriminasi berdasarkan kerakyatan sama ada warga tempatan, pendatang asing yang masuk secara sah atau tanpa dokumen kerana semua mereka disaring dan menerima rawatan yang sama di hospital.

” Jadi ini adalah sebab mengapa pengasingan adalah penting untuk menyaring mereka yang positif dan kami melayan mereka secara sama rata dari segi pemberian makanan, saringan percuma dan untuk selama 14 hari di hospital MAEPS.

“Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina hospital sementara untuk merawat pesakit (COVID-19)

Tambahnya lagi, warga asing yang tidak memiliki dokumen dan didapati positif akan ditahan di pusat akademi imigresen untuk diasingkan selama 14 hari sebelum menjalani ujian buat kali kedua.

Adakah pemeriksaan suhu berkesan?

Dr Noor Hisham berkata ia akan mengesan simptom-simptom positif terutama daripada meraka yang tidak menunjukkan gejala.

Bagaimanapun, beliau berkata ia tidak mampu membezakan pesakit tidak bergejala yang mempunyai risiko jangkitan yang rendah dan mereka yang belum menunjukkan gejala.

Dan, hospital boleh mengesan mereka yang belum menunjukkan gejala dengan melaksanakan pengesanan kontak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 21 Oct 2022

IMAGI Kembali Dengan Single Puteri Kayangan

Nama mereka mungkin tidak segah band-band rock yang sedia ada di negara kita, namun bagi band rock indie, IMAGI, perkara tersebut bukanlah penghalang bagi mereka untuk terus berkarya. Terbaharu, IMAGI tampil dengan single keduanya berjudul […]

Featured Tue, 27 Dec 2022
#BabyXTRA Fri, 16 Jun 2023
Featured Tue, 24 May 2022
Featured Tue, 20 Sep 2022

“Kaya Tapi Tak Menunjuk, Humble & Bersederhana…” – Netizen Intai Harga Jam Tangan Fazura Cecah RM4 Juta

Seriuslah weii, harga beg dia boleh beli kereta RR syatuuuuuu😱😱😱

Trending Tue, 6 Mar 2018

Pensyarah Pakai ”Cosplay” Pergi Class Setiap Hari,

Memakai pakaian Cosplay sewaktu mengajar dapat mencuri perhatian anak muridnya. Lebih dari 60 koleksi pakaian yang dimilikinya