Trending By: Attiqah Mohd November 13, 2020 @ 12:38pm

Tiada Isu Pembatalan, ABPBH – 33 Dibenarkan Dalam SOP PKPB – Ismail Sabri

Berikutan Penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-33  yang akan berlangsung malam ini, ramai yang menjangkakan acara tersebut akan dibatalkan kerana tertakluk kepada SOP PKPB. 

Namun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam memaklumkan tidak timbul isu acara itu perlu dibatalkan.

Patuh SOP, Jumlah Kru Minimum 

Beliau berkata, semua yang terbabit perlu mematuhi SOP yang ditetapkan, iaitu acara berkenaan tiada penonton dan tidak membabitkan tenaga kerja asing, selain mereka yang terbabit perlu memakai pelitup muka dan jumlah kru digunakan pula adalah minimum.

Tegasnya, majlis anugerah itu juga dipantau oleh wakil dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jika berlaku perlanggaran (SOP), penganjur akan dikenakan tindakan,” katanya dalam sidang media.

Jangan lupa saksikan malam kemuncak ABPBH 33 bersiaran secara langsung di TV3, saluran Tonton, YouTube TV3 dan BH termasuk laman web ABPBH di www.abpbh.com.my, dan buat julung kalinya juga menerusi laman aplikasi TikTok dari Axiata Arena Bukit Jalil pada jam 9.00 malam ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 12 Dec 2020
Trending Mon, 20 Aug 2018

Eksklusif: Melamar Melalui Coretan Puisi, Raja Ilya Kahwin November 2019

Sikap merendah diri, penyayang dan ambil berat yang dimiliki TWG, berjaya menambat hati Ilya.

Featured Fri, 14 Oct 2022

Gambar Adik Disalah Guna, Individu Gesa Pihak Pertubuhan Kasih Neelofa Beri Penjelasan – “Lepas 5 Tahun Jadi…”

Eh, betul ke ni? Katanya sampai sekarang masih tiada sebarang penjelasan daripada Pertubuhan Kasih Neelofa

Featured Sun, 4 Sep 2022
Featured Mon, 30 Aug 2021

Saman Fitnah Siti Nordiana: Sam Samin & Aida G Failkan Pembelaan, Akan Lawan Tuntunan Di Mahkamah

Sam Musyadzafar Samin atau Sam Samin dan Razidah Ahmad Senusi atau Aida G. yang merupakan defendan keempat dan kelima disaman oleh Siti Nordiana atas dakwaan memfitnah beliau di laman media sosial Instagram memasuki fasa baharu

Featured Wed, 22 Dec 2021

“Saya Rasa Sangat Bersalah Kalau Tak Tolong” – Haqiem Rusli Turun Padang Beri Bantuan Di Kampung Halaman

Tatkala negara sedang dilanda banjir, ramai selebriti Malaysia mengekspresikan rasa empati menyalurkan bantuan dengan memberikan makanan, pakaian dan peralatan mandian kepada mereka yang terjejas. Penyanyi Haqiem Rusli juga tidak ketinggalan melawat ke kampung halamannya di

| Live TV