Categories: Trending

Tidak Mahu ‘Selfish’, Batalkan Shooting Pretty Little Liars 2, Eyka Farhana Akui Kecewa

Pelakon drama rantaian Budak Tebing, Eyka Farhana berasa kecewa kerana tidak dapat meneruskan penggambaran bersama produksi di Indonesia akibat Covid-19.

Ini sekaligus menyukarkan Eyka untuk terlibat dalam penggambaran Pretty Little Liars musim kedua yang dijadualkan memulakan penggambaran pada 25 Jun ini.

Malah, disebabkan kekangan lain termasuklah kes Covid-19, Eyka juga terpaksa melepaskan watak yang dipegangnya pada musim pertama siri berkenaan.

“Kalau ikut perancangan, saya akan bertolak ke Indonesia pada 1 Jun lalu dan terpaksa menjalani kuaratin sehingga 14 hari sebelum memulakan penggambaran tapi oleh kerana Covid-19 dan saya masih ada penggambaran di Malaysia jadi saya terpaksa batalkan penggambaran di sana”

Tidak mahu ‘selfish’!

Menurut Eyka Farhana atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Sarmizi, 26,  tidak mahu menimbulkan sebarang masalah, Eyka bagaimanapun terpaksa membatalkan penggambaran berkenaan kerana masih terikat dengan penggambaran di Malaysia yang cuma berbaki beberapa episod sahaja lagi.

Ini sekaligus membuatkan Eyka kecewa dan berasa rugi namun percaya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

” Kerugian tu semestinya dari segi watak kerana saya tak dapat nak kembangkan watak kat sana since Pretty Little Liars diorang memang adaptasi dari karya asal.Tapi saya fikir positif dan menganggap mungkin ada rezeki lain buat saya,” katanya ketika sesi temu bual secara maya bersama media.

Kesiann

Untuk perkembangan terbaru, Eyka Farhana akan muncul dalam drama Budak Tebing musim kedua yang akan bersiaran pada 18 Jun 2021 di slot Lestary pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam.

Drama popular TV3 arahan Feroz Kader ini juga turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Aedy Ashraf, Adam Lee, Bella Dowanna Fariz Iskandar dan ramai lagi.

Kalau nak tahu apa yang bakal terjadi kepada Tongki, Arif, Yoyol dan lain-lain korang kenalah tunggu 18 Jun ini okay!

 

Salma Syahbuddin