Categories: Trending

Lisa Surihani Selamat Bersalin Baby Boy, Yusry Tak Sangka Dapat ‘Birthday Present’ Sempena Hari Ulang Tahun

Kegembiraan berganda buat Datuk Yusry Abdul Halim apabila isterinya yang juga pelakon dan pengacara, Lisa Surihani selamat melahirkan baby boy pada hari ulangtahun ke-48 suaminya.

Berita gembira itu dikongsi oleh Yusry menerusi hantaran dilaan Instagram miliknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi. Baby dan Mummy kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.

“What a birthday present. Welcome to the world Junior! “

Rata-rata rakan artis dan pengikut Yusry membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah kepada pasangan ini.

Terdahulu, Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dengan dua orang cahya mata iaitu Yahaira Leanne, dan Yusof Leonne.

Salma Syahbuddin