Categories: Trending

“Terima Kasih Untuk 11 Tahun Yang Penuh Gelak Ketawa” Lee Kwang Soo Ucap Selamat Tinggal Bikin Netizen Sebak

Akhirnya episod paling popular di Korea, Running Man kali ini pastinya memberi sedikit kelainan kepada semua peminatnya. Kalau sebelum ini program tersebut menghidangkan seribu satu gelak ketawa namun, episod ini pastinya sangat berbeza.

Memasuki episod ke-559, siapa sangka Lee Kwang Soo yang terkenal dengan jolokan Zirafah dan Prince Of Asia ini akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat semua peminatnya secara rasmi.

Perkara ini sekaligus mengundang sebak rata-rata netizen apabila Kwang Soo memuat naik hantaran di laman instagram miliknya dengan mengatakan beliau berasa gembira sepanjang tempoh 11 tahun bersama Running Man.

Malah, peminat yang menyaksikan episod akhir Kwang Soo malam tadi pastinya masih terkesan dan sebak dengan pemergian beliau.

“Terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kami. Semuanya sudah seperti keluarga termasuklah krew produksi”

“Sepanjang 11 tahun ini, saya telah menerima ‘cinta’ daripada anda semuayang adakalanya membuatkan saya tidak layak untuk meneimanya”

“Banyak kenangan manis dan gembira setiap minggu. Dalam apa cara sekalipun, saya rasa masih tidak cukup untuk saya ucapkan terima kasih 

“Dengan tulus ikhlas, saya ingin mengucapkan terima kasih dan say sayang anda semua”tulisnya.

Episod akhir Lee Kwang Soo yang disaksikan oleh peminatnya di Malaysia ternyata mengundang sebak apabila rata-rata menzahirkan kehilangan Lee Kwang Soo dalam program  Running Man ini adalah kehilangan yang sangat besar.

Malah, ucapan yang diberikan oleh setiap ahli Running Man buat pemuda berusia 35 tahun ini ternyata antara momen yang mengundang sebak penonton setia program ini.

“You are one of the best parts of our life…we miss you Oppa!”

Rata-rata peminat dan rakan terdekat Kwang Soo turut memberikan kata-kata semangat diruangan komen miliknya dan menyifatkan penglibatan Kwang Soo dalam Running Man sangat memberi impak kepada hari-hari mereka.

Terdahulu, Lee Kwang Soo telah membuat keputusan rasmi untuk meninggalkan Running Man pada April selepas mengalami kecederaan pada pergelangan kakinya.

Salma Syahbuddin