Pendedahan Eksklusif Di TV3 Malam Ini Bakal Mengejutkan Penonton

Setelah tular dokumentari eksklusif COVID : 19 yang dipaparkan di rancangan Majalah 3 bulan lalu, TV3 kembali lagi membawakan dua rancangan eksklusif yang membongkar realiti kehidupan dan kes jenayah yang berlaku di dalam negara.

Dua rancangan eksklusif iaitu Lambaian Tidak Kesampaian dan Laporan Khas 999 : Lubuk Pendatang Tanpa Izin akan menemui penonton setia pada malam ini.

Ikuti Ikuti temubual eksklusif Mior Abdul Malek Rayani bersama Pengarah Eksekutif (Haji) TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman dalam Rancanga Lambaian Tidak Kesampaian  yang membawa anda menyelami perasaan  bakal jemaah haji yang terpaksa ditangguhkan sejak tahun lalu atas arahan kerajaan Arab Saudi ekoran pandemik Covid-19 yang masih menular pada jam 9.00 malam hingga 10.00 malam ini.

Diikuti dengan  Laporan Khas 999: Lubuk Pendatang Tanpa Izin Cyberjaya yang membongkar serbuan pendatang tanpa izin oleh Jabatan Imigresen Malaysia v di sebuah lokasi rahsia di Cyberjaya yang menjadi penempatan haram warga asing sejak 5 tahun lalu.

Difahamkan, seramai 146 warga asing ditahan kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen perjalanan sah. Ketika serbuan dijalankan, rumah kongsi itu berada dalam keadaan kotor dan tiada sistem kumbahan dan perparitan yang sempurna. Bekalan elektrik dan air disambung secara haram. Malah turut tersedia meja khas untuk tujuan perjudian.

Ikuti kedua dua laporan khas ini pada jam 9- 10 malam hanya di TV3.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”