Cadangan Laksana i-Sinar i- Lestari 2.0 Pada Kadar Separuh

Cadangan untuk melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan telah disarankan.

Menurut Bekas Perdana Menteri, ia memandangkan pengeluaran caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk i-Sinar 1.0 dan i-Lestari 1.0 cuma membawa penurunan 1.6 peratus daripada jumlah aset tabungan.

Menurut beliau, prestasi KWSP masih tinggi berbanding RM925 bilion pada tahun 2019 sebelum pandemik memandangkan kumpulan tersebut mengumumkan keuntungan sebanyak RM19.3 bilion pada suku pertama 2021 dengan jumlah aset terkumpul jatuh kepada RM982 bilion berbanding RM998 bilion pada akhir tahun 2020.

“Biarlah rakyat menguruskan sebahagian daripada duit sendiri pada tempoh ‘total lockdown’ ini sebab keadaan lebih parah berbanding lima bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan PKP 3.0.

“Jika bukan sekarang, maka bila? Sistem-sistem sudah ada. Logo ada. Elya pun ada.

“Tambahan pula, kesan daripada ‘total locdown’ sekarang adalah jauh lebih genting setelah kegagalan bersiri PKP 2.0 dan PKP 3.0,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Baca artikel berkaitan : Beri Kelonggaran Keluarkan i-Sinar Secara Bersasar – Pakar Ekonomi

Sumber: Sinar Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”