Categories: Trending

Tidak Mustahil PKPD Di Kuala Lumpur – Ismail Sabri

Umum mengetahui, peningkatan kes COVID-19 di Kuala Lumpur yang merekodkan 393 kes sejak semalam. 

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tidak mustahil PKPD akan dilakukan di Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, ia hanya akan ditentukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas penilaian risiko dilakukan di kawasan tersebut. 

“Setelah buat penilaian risiko, berdasarkan jumlah kes yang ada, berdasarkan kebarangkalian jangkitan di situ, jadi KKM akan cadangkan pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kita akan tentukan berdasarkan cadangan daripada KKM.

“Setakat ini, kita serahkan kepada KKM, tidak ada cadangan baru tentang PKPD di kawasan tertentu. Setakat ini masih lagi PKPB di Wilayah Persekutuan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”