Categories: Trending

Tol Tidak Jadi Di Hapuskan Betul Ke?

Pakatan Harapan tidak pernah berjanji akan menghapuskan tol menerusi manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, kata Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi PH mengakui kebanyakan pemimpin gabungan parti pemerintah tidak membaca manifesto dengan baik, sebaliknya mereka terbawa-bawa dengan pandangan pembangkang.

“Kami tak pernah berjanji untuk hapuskan tol, tapi ini dianggap sebagai sebahagian manifesto kami, kadang-kadang, kami terbawa-bawa dengan pandangan pihak pembangkang,” 

Bagaimanapun, janji ke-6 dalam manifesto PH menyatakan gabungan itu berjanji untuk mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik bagi mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat.

Halaman ke-29 manifesto PH menyatakan ia akan mengambil alih konsesi lebuh raya dengan memberi pampasan adil kepada syarikat konsesi.

Masa diperlukan untuk mengurang beban rakyat kerana menghapuskan tol. Tetapi menurunkan bayaran tol boleh dipikul. Jika ada swasta yang akan kurangkan tol, cadangan mereka boleh dipertimbang.

SGMS Enal