Categories: Trending

Tonton Drama Bersiri ‘Shah Alam 40000’ Secara Awal & Eksklusif Di…

Peminat drama tempatan kini boleh menarik nafas lega apabila peneraju khidmat penstriman terbesar, iQiyi International, dan produksi serta pengedar kandungan tempatan terulung, Primeworks Studios, mengumumkan tayangan perdana drama bersiri Shah Alam 40000, yang ditayangkan secara eksklusif di platform iQiyi pada setiap hari bermula 29 Mac 2021.

Drama bersiri 28 episod yang juga akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi ini berdurasi 60 minit dan dibintangi Anna Jobling, Rita Rudaini dan Datin Seri Umie Aida adalah cerita rekaan semata-mata.

Ia menceritakan tentang situasi kejiranan golongan atasan di Shah Alam yang didiami oleh tiga wanita terkemuka iaitu Datin Seri Azlina, Datin Rose dan Tengku Shafinaz Mckenzie.

Masing-masing menyimpan rahsia tersendiri sehinggalah ia terbongkar dan menyebabkan berlakunya insiden yang tidak diingini. Adakah persahabatan mereka semakin akrab atau sebaliknya?

“Kami sangat gembira kerana usaha sama dengan iQiyi meneruskan tradisi kami dalam mengembangkan dan berkongsi program terbaik seperti ‘Shah Alam 40000’ sekaligus meluaskan kadar pengguna premium bukan sahaja di Malaysia.

“Pelakon yang hebat, drama yang berkualiti ditambah pula dengan gabungan misteri dan suspen ini, kami pasti dapat menarik peminat di mana sahaja mereka berada,” kata Nini Yusof selaku Ketua Pegawai Kandungan, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios.

“Kami teruja dengan pelancaran ‘Shah Alam 40000’, tajuk pertama yang akan muncul setelah beberapa tahun bekerjasama dengan Primeworks Studios. Tajuk drama unik ini dan pertama kali kami lancarkan eksklusif ‘tontonan awal’ istimewa bersama Primeworks Studios, di mana membolehkan penonton digital dapat mengakses drama ini sebelum disiarkan di TV,” jelas Dinesh Ratnam, Pengurus Negara iQiyi di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Jangan lupa untuk menonton gelagat tiga wanita hebat ini menempuhi dugaan dan cabaran dalam drama bersiri Shah Alam 40000, yang disiarkan setiap hari bermula 29 Mac 2021 hingga 30 April 2021 pada 12 tengah hari menerusi www.iQ.com/local atau memuat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store atau melalui http://bit.ly/iQIYI.

Drama ini diberikan secara percuma dan pelanggan VIP iQiyi dapat menikmati tontonan 6 episod lebih awal.

Padin