Categories: Trending

“Dah Lah Cantik, Suara Pula Masya-Allah…” – Netizen Jatuh Cinta Tonton Hannah Delisha Alun Selawat Al-Fatih

Pelakon Hannah Delisha sekali lagi mencuri perhatian menerusi video yang dimuat naik oleh suaminya, Imam Shah.

Video pendek berdurasi 15 saat itu menunjukkan Hannah yang kelihatan bertelekung sambil mengalunkan selawat Al-Fatih ternyata membuatkan ramai peminat dan netizen  ‘jatuh cinta’ dengan kelunakan suaranya.

Dikongsikan menerusi laman sosial Twitter semalam, video terbabit mendapat lebih 33,000 tanda suka  dan kini telah diulang kicau sebanyak 8,400 kali.

 

“Dah lah cantik, suara pun sedap…”

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif diruangan twitter milik Imam Shah yang memuji dan mengagumi Hannah.

Apapun, kita doakan semoga Hannah Delisha terus istiqamah dan terus memberikan aura positif buat semua.

Terdahulu, Hannah mula mencuri perhatian apabila tampil ayu dengan memakai tudung melitup dada ketika menjadi duta jenama satu produk minuman pada Disember tahun lalu.

 

ARTIKEL BERKAITAN : “Terpukau Dengar Dia Nyanyi Lagu Gila Siap Dengan….” Medley Lagu #AJL35, Hannah Delisha Raih Pujian Netizen

ARTIKEL BERKAITAN : Bagai Pinang Dibelah Dua, Hannah Delisha Selamat Bernikah Dengan Pelakon… Tahniah!

ARTIKEL BERKAITAN : Dedah Wajah Tanpa Solekan, Ramai Puji Kecantikan Asli Hannah Delisha

ARTIKEL BERKAITAN : Selepas Wujud Spekulasi #IbuTidakRestu, Hannah Delisha Kantoi Dah Kahwin Tahun Lalu?

Salma Syahbuddin