Trending By: Padin December 1, 2020 @ 6:40pm

“Trending As Ever!” – Video Tangisan Diva AA Di LCK2 Raih Lebih Setengah Juta Tontonan, Kini Di Tangga Ke-6 Carta YouTube

Frasa ‘treding as ever’ yang sering disebutkan oleh pengacara popular Azwan Ali tepat untuk menggambarkan video tangisannya bersama penyanyi Ziana Zain.

Setakat artikel ini ditulis, video sedutan program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) yang dimuat naik di laman YouTube TV3Malaysia itu kini berada di tangga ke-6 carta trending YouTube dan meraih lebih 613,000 tontonan.

Terdahulu, pentas minggu ketiga program reality itu menjadi saksi tumpahnya titis jernih air mata Azwan yang sebak ketika berbicara mengenai hubungan baiknya dengan Ziana yang tampil sebagai tetamu undangan LCK2.

Air mata mula tumpah selepas rakan hos LCK2, Elly Mazlein meminta Azwan memberikan komen mengenai hubungan Azwan dengan Ziana.

Ziana juga turut sayu menceritakan perihal sebenar silaturahim yang dibina bersama Azwan semenjak berpuluh tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak! LCK2 Jadi Saksi Air Mata Jantan Azwan Ali Gugur Kerana Ziana Zain

Jangan lupa saksikan LCK2 setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Gunakan #LaguCintaKita2 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 May 2023
Featured Mon, 5 Jul 2021

Wajar Percepatkan Proses Permohonan i- Citra, Benarkan Pengeluaran Lebih Tinggi

Isu i-Citra masih lagi menjadi perbincangan hangat rakyat di laman sosial. Walaupun kerajaan telah membenarkan pengeluaran sebanyak RM 5,000 berkala namun rata ratanya berpendapat ia tidak mencukupi untuk melangsungkan kehidupan. Menurut Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, terdapat […]

Hiburan Sat, 28 Aug 2021

“Ada Yang Tegur Kerana…” – Amir Masdi Selesa Dengan Rambut Panjang

Penyanyi yang popular dengan lagu Kau Sakiti, Amir Masdi, 25, mengakui dirinya selesa dengan imej berambut panjang. Menurut Amir atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi, ramai peminat turut bersetuju dengan imej yang dibawanya sekarang. “Ada […]

Selebriti Mon, 5 Feb 2024
Hiburan Thu, 28 Apr 2022
Trending Wed, 14 Feb 2024