Categories: Trending

[TRENDING] BTS Map Of The Soul : 7 Kini Trending Dengan Hashtag #BTSComeback2020

Daebak!

Semua peminat kumpulan Kpop gergasi, BTS pastinya teruja dengan pelancaran Map Of The Soul :7 Enhanced Album yang kini boleh dimiliki bermula hari ini.

Album yang hanya boleh didapati menerusi spotify ini mengandungi kandungan asli dan buah tangan eksklusif seterusnya ia bakal menjadi destinasi terulung buat ARMY untuk meraikan pelancaran terkini album BTS.

BTS artis asia pertama sebaris Mariah Carey, Taylor Swift & Tame Impala. Wow!

Sumber : Instagram @bts.bighitofficial

Dilaporkan, BTS merupakan artis asia pertama yang berkerjasama bersama-sama spotify bagi mencipta sebuah album yang diperbaharui untuk menawarkan kandungan eksklusif buat peminatnya. Ini termasuklah storylines, Canvas atau sedutan video berdurasi 8 saat bagi setiap lagu mereka.
Terdahulu, artis terkemuka yang telah mencipta album yang turut diperbaharui oleh Spotify ialah Taylor Swift menerusi album 2019, LOVER, Merry Christmas by Mariah Carey, dan Tame Impala dengan albumnya The Slow Rush.

Trending #1 – #BTSComeback2020

Sumber : twitter

Malah, peminat tegar ARMY ini juga memuji lagu-lagu yang terdapat dalam Map Of The Soul :7 Enhanced Album ini. 

 

Salma Syahbuddin