“Amat Berat Untuk Kami Terima” Ibu Ashraf Sinclair Luah Rasa Sedih

Ibu kepada pelakon dan model, Ashraf Sinclair iaitu Khadijah Abdul Rahman sempat berkongsi luahan perasaannya menerusi akaun instagram miliknya.

Menggunakan akaun instagram @dida_sinclair, sebagai seorang ibu adalah sangat sukar buatnya untuk menggambarkan perasaan setelah kehilangan anak pada Selasa lepas.

Namun, beliau redha menerima takdir yang telahpun tertulis dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah mendoakan Allahyarham, Ashraf Sinclair.

Kesedihan seorang ibu itu dapat dirasai menerusi tulisannya

“Kata-kata sangat berat dan sukar untuk menggambarkan apa yang saya rasakan sekarang!” Tulisnya.

Sumber : Instagram @dida_sinclair

Sebagai seorang ibu, beliau percaya Allah SWT mempunyai perancangan yang terbaik buat anak sulungnya itu. Dan, beliau juga berharap Allahyarham Ashraf Sinclair mempunyai kehidupan yang baik selama 40 tahun hayatnya dimuka bumi. 

Terdahulu, Ashraf Sinclair yang juga suami kepada penyanyi, Bunga Citra Lestari menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Selasa akibat serangan jantung.
Allahyarham turut meninggalkan seorang isteri, Bunga Citra Lestari dan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair, 10.
Salma Syahbuddin