500,000 Guru Akan Diberi Keutamaan Vaksin

Menurut Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar golongan pendidik akan diberi keutamaan dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Beliau berkata guru-guru akan diberi keutamaan yang sama seperti warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pesakit kronik pada fasa kedua.

“Sebelum ini, Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) memutuskan supaya guru disenaraikan sama untuk menerima vaksin seperti tiga kumpulan lain bagi fasa dua ini.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek risiko penyebaran jangkitan Covid-19 khususnya di sekolah.

“Bagaimanapun, ia (pemberian vaksin) masih juga tertakluk kepada bekalan vaksin yang diterima negara,” katanya pada sidang media perkembangan PICK, di sini hari ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”