Featured By: Salma Syahbuddin December 2, 2021 @ 1:24pm

71 Pelajar & Dua Guru Sekolah Dilaporkan Positif COVID-19

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini memaklumkan, seramai 71 pelajar dan dua orang guru sekolah berasrama penuh (SBP) Sekolah Seri Puteri (SSP) di Cyberjaya, disahkan positif COVID-19, setakat ini.

Menurutnya, dalam ciapan terkini di laman Twitter miliknya itu, daripada jumlah tersebut seramai 65 pelajar telah dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Beliau berkata, mereka adalah pesakit kategori satu serta dua dan dilaporkan stabil.

“Seramai 451 individu sudah disaring iaitu 437 pelajar, 13 guru dan seorang petugas. Semua guru dan pelajar lengkap vaksinasi kecuali empat individu yang belum lengkap vaksinasi.

“Seramai 65 pelajar ditempatkan di PKRC, manakala 242 kontak rapat dikuarantin di asrama sekolah ini,” katanya.

Ia selepas seorang guru dilaporkan dijangkiti COVID-19, malah saringan kontak rapat kemudian mendapati terdapat seorang lagi guru dan enam pelajar positif COVID-19.

Ibu bapa mendesak ujian saringan

Keadaan itu dikatakan menyebabkan ibu bapa pelajar mendesak ujian saringan ke atas anak mereka dijalankan segera supaya pelajar dengan keputusan ujian negatif boleh pulang ke rumah masing-masing.

Susulan itu, Khairy berkata pihaknya akan terus memantau keadaan kesihatan pesakit dan memberi rawatan yang terbaik. Disamping menekankan semua pihak untuk mengambil vaksin dan mengamalkan TRIIS iaitu lakukan ujian, lapor, asingkan, maklumkan serta dapatkan rawatan segera.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 28 Jan 2020

[VIDEO] Ini Hadiah Faizal Tahir Buat Apex Tajudin

Wah! Boleh tahan juga Apex ni!

Featured Tue, 25 Jun 2024

Hampir 30 Tahun Dalam Industri, Spider ‘Keluar Sarang’ Hiburkan Lebih 2,400 Peminat Dalam Sebuah Konsert Mantap!

Spider memang berbisa dari dulu sampai sekarang! penuh satu Zepp KL dengan peminat

Hiburan Mon, 23 May 2022
Featured Fri, 9 Sep 2022
Events Mon, 11 Apr 2022
Events Fri, 1 Nov 2019

Samsung Galaxy Note 10; The Phone That Captures Moments, Not Photos

Don’t leave home without it! Galaxy Note10|10+ is that phone!

Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Fara Fauzana Kembali Ke Konti?

Yeay! Meriah lah konti lepas ni dengan suara kak Fafau kita!