Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 4, 2023 @ 10:00pm

[VIDEO] Ikut Trend TikTok, Kapsyen Fathia Latiff Curi Perhatian… Netizen Kata Sesuai Jadi Isteri Nombor 3? – “Siapa Lagi Hot? I Ke Ira Kazar?”

Baru-baru ini, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan pelakon sensasi, Fathia Latiff sedang membuat mimik video menggunakan lagu trending bahasa Indonesia.

Menerusi video berdurasi 16 saat itu, Fathia sedang menari dengan gaya manja sambil membuat mimik mulut lagu Cintamu Sepahit Topi Miring.

Apa yang menarik perhatian adalah kapsyen Fathia mengundang perhatian ramai yang bertanya sama ada dirinya atau isteri kedua pengarah kontroversi, Syamsul Yusof lebih lawa.

“Siapa lagi hot? I ke Ira Kazar?,” tulisnya dalam video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir pihak yang berkata Fathia sesuai menjadi isteri ketiga Syamsul atas karakternya yang dikatakan seakan sama dengan Ira.

“Fathia try la Sol (Syamsul), kot jodoh ke kan,” tulis netizen.

“Ok ngam nombor tiga,” kata netizen lain.

Sementara itu, ramai yang berkata aktres drama rantaian popular Ariana Rose ini lebih menarik dan lawa daripada Ira itu.

“Alamak, you nak compare dengan minah tu ke? Jauh la sangat bezanya.. You ada kelas tersendiri yang,” ujar netizen.

Bagaimanapun, Fathia dipercayai hanya bergurau dan tiada maksud untuk mempersendakan mana-mana pihak.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 160,000 tontonan, 4,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

Sebelum ini, nama Fathia menjadi sebutan selepas tular video dirinya berkelahi dengan ibu bapanya yang tidak membenarkan anaknya ini memuat naik sebarang hantaran di Instagram.

ARTIKEL BERKATIAN: [VIDEO] Berdepan Insiden Kecil, Fathia Latiff ‘Bergaduh’ Dengan Keluarga? Ibu Halang Muat Naik Status Di Media Sosial – “Rasa Sangat Terancam…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Feb 2026

Enggan Ulas Isu Kesihatan Anak, Amyza Aznan Syukur Terima Banyak Tawaran

Amyza Aznan memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai perkembangan terkini kesihatan anak sulungnya,  Andre Mikhail.

Trending Sat, 9 Feb 2019
Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Diana Danielle Kongsi Tips Lawan ‘Anxiety Attack’

One of the best and most helpful tips to manage anxiety yang D dapat (selain baca Al-Quran, ambil air sembahyang, dzikir) is to take eating seriously.

Trending Wed, 10 Jun 2020
Featured Sun, 5 Sep 2021

Cara Semak & Kaedah Bayaran BKC Fasa 1 Bermula 6 September

Umum maklum, orang ramai bakal menerima bayaran Bantuan Khas COVID – 19 (BKC) yang akan dikreditkan secara berperingkat bermula hari esok. Justeru, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengeluarkan sebuah notis rasmi berhubung status bayaran BKC […]

Hiburan Wed, 1 May 2019

Nak Cari Angin Baru, Khai Bahar Nafi Ada Masalah

Meskipun sudah tidak bersama mereka lagi, saya sedia untuk terus bekerjasama jika diperlukan.

error: Content is protected !!