Categories: Trending Hari Ini

Agong & Satu Dewan Rakyat Berdiri Beri Tepukan Gemuruh Sebagai Simbolik Penghargaan Buat ‘Frontliners’!

Pagi ini berlangsungnya Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Di dalam ucapannya, YDPA tidak lupa untuk memberi pengiktirafan terhadap jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi wabak COVID-19 di Malaysia.

“Pengorbanan mereka tidak pernah mengenal erti penat mahupun takut hinggakan nyawa dan keselamatan diri sendiri menjadi taruhan demi menjaga kemaslahatan dan kepentingan orang ramai.

Justeru, sebagai tanda penghargaan negara, marilah bersama-sama dengan Beta untuk berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada semua wira dan wirawati petugas barisan hadapan negara,” titah Al-Sultan Abdullah.

Istiadat pembukaan persidangan Parlimen kali ini agak sedikit berbeza daripada kelazimannya berikutan wabak COVID-19 serta amat bermakna kerana berlangsung dalam bulan suci Ramadan, 

YDPA mengakhiri ucapannya dengan ucapan selamat berpuasa dan hari raya buat seluruh rakyat Malaysia selain mengingatkan supaya tidak lupa membayar zakat.

InshaaAllah, sama-sama kita doa wabak ini dihentikan!

Tonton video penuh Sidang Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di bawah:

Sumber: Buletin TV3
Syafiqa Irdina