Categories: FeaturedOh Lawa

Atuk segak, cucu comel bergaya

Jika ‘atuknya’ jadi perhatian ramai dua tiga minggu ini kerana baju yang dipakai setiap hari ketika sidang media menjadi perhatian pengamal media, si comel ini juga tidak kurang hebat kerana dari sehari ke sehari semakin lincah beraksi.

Bukan setakat itu sahaja, Jeannele Nika Mandagie atau @princessmandagie yang juga cucu Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat semakin pandai bergaya dengan keletah manja dan comelnya itu.

Dalam hantaran terkini (ketika artikel ini dihasilkan) dalam media sosialnya yang dikendalikan oleh kedua-dua ibu bapanya, Jeannele menggayakan baju kurung corak berkotak warna hijau air dan memegang tas tangan warna keemasan.

Gaya pos tunduk ke bawah disertai kata-kata “Bila tunduk ke bawah I reda” menampakkan sisi comel seorang kanak-kanak perempuan yang membesar sesuai dengan usianya.

Tanda pagar #modeltetapmodel sekali gus membuatkan warga siber tertanya-tanya mungkinkah Jeannele bakal menggayakan jenama pakaian sendiri atau menjadi model kepada bapanyanya, Datuk Jovian Mandagie dan ibunya, Datin Nina Ismail Sabri.

Jika tidak silap, sejak muncul dengan akaun media sosial sendiri, tanda pagar #modeltetapmodel sudah digunakan dan si comel itu dibahasakan sebagai Miss Lim dalam laman media sosialnya.

Jeannele yang kini berusia dua tahun dan semakin petah berkata-kata, sentiasa tampil bergaya dalam pelbagai persalinan.

Jeanelle juga belajar di tadika Peterana milik ibunya dan dikelilingi kawan-kawan sebaya yang mempunyai kerenah tersendiri, namun dia sentiasa kelihatan gembira.

Dunia kegembiraan kanak-kanak jelas dilalui Jeannelle dengan selesa dan dia juga ada kalanya ‘buat perangai’ dengan menangis walaupun kita tahu hantaran berkenaan sudah pasti dikongsi oleh ibunya.

Jom kita lihat lagi  gaya anak pereka fesyen tersohor ini yang semakin mencuri perhatian warga maya.

FOTO KREDIT: Instagram @ princessmandagie @ninaismailsabri

Shaidah Shafie