Categories: Eat TravelFeatured

Resipi makaroni keju udang ala Secret Recipe, puas makan!

Setiap kali makan di restoran Secret Recipe, memang tidak sah kalau tidak memesan menu makaroni keju udang. Rasanya yang lemak berkrim dan sedap sangat sesuai dinikmati seisi keluarga.

Kredit gambar: Secret Recipe

Alang-alang mahu makan sepuas-puasnya, apa kata cuba buat sendiri makaroni keju udang di rumah. Memang berbaloi, menjimatkan dan mudah!

Resipi makaroni keju udang itu dikongsi oleh blog masakan popular, Azie Kitchen. Resipi yang dikongsi sesuai untuk hidangan empat orang. Jom lihat resipinya.

Bahan yang diperlukan:

Kredit gambar: Azie Kitchen

500 gram makaroni
50 hingga 80 gram mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan (500ml) susu
2 cawan (250 gram) keju mozzarella cincang (shredded cheese)
Udang yang dibuang kulit
Cendawan (straw mushroom) dibelah dua
Daun pasli
Garam
Lada hitam atau lada putih

Cara penyediaan:

1. Masak makaroni di dalam periuk mengikut arahan masa pada bungkusan. Tos dan masukkan kembali ke dalam periuk.
2. Rebus udang sekejap dan masukkan cendawan. Angkat dan tos.
3. Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan tepung.
4. Kemudian, goreng tepung sambil dikacau selama satu minit atas api yang perlahan.
5. Seterusnya, tuang perlahan-lahan susu sambil dikacau.
6. Setelah itu, masukkan udang dan cendawan.
7. Kacau sehingga adunan hampir mendidih, kecilkan api dan reneh selama dua minit.
8. Tutup api dan masukkan keju. Kacau sehingga adunan cair dan sebati.
9. Tuang sos keju ke dalam pasta dan gaul sekata.
10. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
11. Akhir sekali, masukkan daun pasli dan gaul sekata.

Kredit gambar: Azie Kitchen

Makaroni keju udang ala Secret Recipe siap dan enak dihidang panas. Selamat mencuba!

Ad Ops