Categories: Trending

Dr Noor Hisham Bimbang, Tindakan Rentas Negeri Sambut Aidilfitri, Undang Padah

Sehingga hari ini, sebanyak 971 kes positif Covid-19 atau 14.1 peratus daripada jumlah keseluruhan 6, 894 kes yang direkodkan mempunyai sejarah merentas negeri.

Justeru itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan masyarakat bahawa tindakan merentas negeri untuk sambutan Aidilfitri boleh mengundang padah.

” Tambahan pula, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan di Malaysia adalah berkaitan dengan aktiviti merentas negeri. Malah, 10 daripada kluster-kluster itu adalah masih aktif,” Katanya.

Tambahnya lagi, kes positif Covid-19 yang berkait rapat dengan aktiviti merentas negeri adalah amat membimbangkan, lebih-lebih lagi sekiranya masyarakat masih gagal mematuhi arahan PKPB.

Ini kerana, tempoh perayaan ini mungkin menjadi penyebab utama penularan jangkitan Covid-19 di kawasan yang mempunyai status zon hijau.

Noor Hisham memaklumkan pihaknya khuatir melihat peningkatan pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri, kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebanyak 508 kenderaan cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung.

Salma Syahbuddin