Ameera Khan Tidak Bertudung Sepenuhnya, Noor Kartini Mohon Doa – “Dia Masih Dalam Fasa Melatih Diri…”

Ibu kepada personaliti media sosial Ameera Khan, Datin Noor Kartini Noor Mohamed tampil memberi komen tentang isu pemakaian hijab anak perempuannya itu.

Terdahulu, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan menjadi perhatian netizen apabila mengenakan bandana bagi menutup bahagian atas rambutnya.

Memetik laporan Gempak, Kartini menjelaskan Ameera masih belum berhijab sepenuhnya dan sedang dalam proses memperbaiki diri.

“Kalau tengok Ameera, dia bukan bertudung secara penuh. Dia masih pakai topi, masih pakai ‘headband’. Maksudnya dia masih dalam fasa untuk melatih diri dia.

“Jadi bagi mama, mama rasa sesiapa sahaja baik lagi kita doakan yang baik-baik. Sebab yang baik tu nanti dapat dekat kita juga. Insya-Allah,” katanya.

Tambah Kartini lagi, sebagai seorang ibu, dia bersyukur kerana anak-anaknya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh.

“Mama tak kisah, satu je mama cakap mama syukur sangat-sangat. Boleh dikatakan tak ada satu pun anak mama selama mama duduk di ibu kota Kuala Lumpur ni, orang nampak anak mama di pusat hiburan, anak mama minum, mabuk, merokok ke apa tak ada.

“Kalau ikutkan dengan kehidupan kita, dengan kemampuan kita, lifestyle kita banyak lagi benda-benda yang lebih teruk.

“Tapi… Alhamdulillah, kita duduk dalam kelompok kita, dalam keluarga kita, Ameera pun sering dengan kakak-kakak dia, abang-abang dia, kecuali kalau ada acara yang dijemput penganjur.

“Mungkin kita orang yang dikenali jadi apa yang kita lakukan, benda kecil pun orang nampak besar. Sedangkan mereka sendiri pun benda besar lagi tetapi tertutup.

“Kita dah kena terima benda tu, kalau kita bukan siapa-siapa, tak ada orang nak ambil tahu. Jadi kita kena kuat,” jelasnya.

Kartini turut mengharapkan doa yang baik-baik buat puterinya itu.

“Mama tak stress, tak baca pun. Kita satu keluarga tak pernah ambil tahu, kalau orang cakap kita gelak sahaja. Tak ambil tahu pun.

“Mama pun banyak dapat ‘direct message’ (DM) yang orang minta maaf. Alhamdulillah, saya cakap terima kasih banyak-banyak. Kita manusia tidak sempurna.

“Kita doakan yang baik-baik… Insya-Allah yang baik kita dapat. Semoga Allah rahmati kita semua,” katanya.

Sumber: Gempak

Maya Basir