Bank Mampu Laksanakan Moratorium Penuh Kepada B40 Dan M40

Umum maklum mengenai pengumuman PKP yang dilanjutkan sehingga Julai ini. Justeru, ramai yang mempersoalkan mengenai pelaksanaan bantuan seperti moratorium dan i-Sinar.

Menurut Presiden Dewan Perdagangan dan Industri ASEAN, Datuk Sohaimi Shahadan , pemberian moratorium kepada golongan bersasar seperti B40, M40 dan peniaga kecil-kecilan tidak akan membuatkan bank dan institusi kewangan gulung tikar.

“Bank bank ini tidak akan gulung tikar dengan memberi moratorium. Dan Kementerian Kewangan yang mengawal Bank Negara juga mempunyai kuasa penuh ke atas bank negara. Bank negara mempunyai kuasa penuh ke atas bank-bank komersial dan institusi kewangan, tetapi tidak mengambil tindakan,” tegas Sohaimi.

Tambah beliau, rakyat berada dalam keadaan yang amat tertekan dengan impak COVID-19, namun sedaya-upaya mengikuti apa jua prosedur operasi standard (SOP) yang kerajaan tetapkan.

Sebelum ini pemerhati dan penganalisis ekonomi berpendapat, Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (FMCO) yang bermula 1 Jun lepas, dijangka akan berterusan selepas 28 Jun ini, memandangkan jumlah kes harian yang masih berada dalam lingkungan 5,000 ke 6,000 kes.

Dengan lanjutan FMCO, mereka berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk bantuan kewangan terus kepada masyarakat, seperti i-Sinar 2.0, moratorium serta lain-lain yang dirasakan perlu bagi meringankan beban kepada golongan B40 dan M40.

Sumber: Awani

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”