Categories: Trending

Ebit Lew Akhirnya Berjaya Masuk Ke Gaza – “Syukur! Kami Team Pertama Dunia Dibenar Masuk Melalui Pintu Rafah

Semua sedia maklum, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew kini sedang melakukan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza Palestin sejak Mei lalu.

Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa dilalui oleh pasukannya namun, hari ini Usaz Ebit Lew bersyukur kerana mereka kini adalah pasukan pertama di dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini.

Ebit berkongsi berita gembira tersebut kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi hantaran yang di muat naik di akaun Facebooknya sebentar tadi.

“Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan.

“Kami adalah team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini”

Menurut Ebit, selain Malaysia, Mesir juga telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza.

“Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza.

“Ada lebih 30 Ngo seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu.

Doakan semuanya dipermudahkan

Ebit Lew turut melahirkan rasa terharu kerana segala urusan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza dipermudahkan.

“Terharu sangat dengan sambutan Kedutaan Malaysia di sini. Mereka sangat membantu dan memudahkan urusan kami. Betapa negara kita sangat sayangkan Palestin.

“Terima kasih atas doa dari semua rakyat Malaysia. Terima kasih Datuk Seri Hishammuddin (Tun Hussein) dan Wisma Putra yang menyokong dan mempermudahkan semuanya. Semoga ALLAH SWT merahmati usaha kita semua demi misi kemanusiaan ini,”

“Terima kasih DYAM HRH Crown Prince of Johor TMJ yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama”

“Terima kasih juga kepada YAB PM Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami.

“Terima kasih Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan. Tulisnya.

“Sebak! Terasa berada di kampung halaman sendiri…”

Ebit juga menyatakan perasaannya kini bercambur baur dan sebak kerana menjejakkan kaki di bumi Palestin ini terasa sama seperti balik kampung halaman sendiri.

“Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri.Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini.”

“Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan. Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent.

“Ramai berebut untuk menyambut. Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin.

“Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat.

Pada Rabu lalu, Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 36 telah mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa memandangkan ianya misi atas inisiatif sendiri.

Bagaimanapun,  delegasi Ebit Lew dinasihatkan sentiasa berhubung, bekerjasama dan mendengar arahan keselamatan daripada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Mesir terutamanya demi memastikan keselamatan Ustaz Ebit Lew dan delegasi beliau sepanjang misi bantuan kemanusian ini.

Salma Syahbuddin