KWSP Perkenal i-CITRA, Permohonan Pengeluaran RM5,000 Kepada Semua Pencarum Bermula 15 Julai

Menerusi perutusan PEMULIH oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini mengumumkan KWSP bakal memperkenalkan i-CITRA yang menetapkan kadar bayaran RM1,000 untuk tempoh 5 bulan kepada rakyat.

“KWSP perkenal i-Citra, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.”

Untuk info lanjut tonton video di bawah :

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”