Bantuan RM2,000 Secara One-Off Buat Setiap Isi Rumah

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini membentangkan belanjawan 2022 yang mengandungi intipati, strategi dan dasar kerajaan dalam mengemudi ekonomi negara ke arah pemulihan.

Dengan konsep Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bajet kali ini akan memberi fokus kepada input rakyat dari segenap lapisan masyarakat demi memastikan tiada golongan yang tertinggal, termasuk golongan rentan dan B40.

Malah, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini juga turut ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.

Peruntukan itu merupakan peningkatan berbanding Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebanyak RM7 bilion yang akan memberi manfaat kepada 8.6 juta penerima sebelum ini.

Menerusi bantuan tersebut, isu rumah yang berpendapatan kurang atau RM2,500 dan memiliki lebih tiga orang anak akan menerima bantuan sebanyak RM2,000 secara ‘one-off’.

Untuk maklumat lanjut mengenai belanjawan 2022, boleh tonton video di bawah;

 

Salma Syahbuddin