Berat Badan Susut Hingga 10 KG & Alami Alahan Teruk, Isteri Yonnyboii Kini Hamil

Penyanyi rap popular, Yonnyboii mengesahkan isterinya yang juga pempengaruh media sosial, Nik Nazira Narriman kini hamil.Perkara itu dikongsi pasangan ini menerusi hantaran di Instagram mereka pada Ahad.

ā€œSudah berbulan-bulan kami menyembunyikan mengenai perkara ini dan kini saya mahu berkongsi tentang kehamilan saya yang tinggal beberapa bulan dengan anda semua.

ā€œAlhamdulillah, tak lama lagi kami akan menjadi mommy dan daddy. Doakan semoga Allah permudahkan perjalanan kami dan bayi (Walaupun saya kurang berkongsi mengenai perkara ini tapi yang paling penting adalah keselamatan baby),ā€ tulisnya.

Ā 

Memetik laporan mStar, Nazira, 24, mengaku usia kandungannya kini sudah mencecah lima bulan dan sepanjang tempoh tersebut dia juga turut mengalami alahan teruk termasuklah ā€˜morning sicknessā€™ sehingga berat badannya susut sebanyak 10 kilogram.

ā€œSaya tidak mengidam benda pelik-pelik, cuma alami morning sickness yang teruk dan berat badan susut sehingga 10 kilogram.

ā€œTapi sekarang semuanya kembali normal dan saya juga boleh bekerja seperti biasa,ā€ katanya.

Gementar dalam masa sama berasa teruja menyambut kelahiran bayi sulungnya, Nazira mengaku banyak menerima nasihat daripada adik-beradiknya yang lain.

ā€œAdik-beradik yang lain semuanya sudah memiliki anak sendiri. Mereka banyak beri nasihat dan kami hanya dengar dan utamakan keselamatan bayi dalam kandungan,ā€ jelasnya.

Sekadar info, Yonnyboii dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021 dalam sebuah majlis pernikahan sederhana yang hanya dihadiri seramai 20 orang ahli keluarga terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN:ā€œSaya Belum Bersediaā€ ā€“ Hampir Setahun Bergelar Suami Isteri, Yonnyboii Mengaku Tidak Sanggupā€¦

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Rancang Soal Anak, Yonnyboii & Nazira Akui Bersedia Jadi Ibu Bapa Muda ā€“ ā€œKalau Boleh Memang Nak Adaā€¦ā€

ARTIKEL BERKAITAN:ā€œTegurlah Baik-Baik Agar Dapat Pahalaā€¦ Kalau Maki Anda Yang Berdosaā€ ā€“ Isu Free Hair, Isteri Yonnyboii Terima Teguran Secara Positif

Sumber: Instagram, mStar

Salma Syahbuddin