Bergaya Raya Tahun Ini Dengan Beg Tangan ‘Victoria Sloane’ Keluaran Rita Sosilawati!

Usahawan terkenal, Rita Sosilawati mengorak setapak lagi langkah dalam dunia perniagaan apabila memperkenalkan koleksi beg tangan, Victoria Sloane, baru-baru ini.

Menurut Rita atau nama sebenarnya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, dia memilih beg tangan kerana ia merupakan kegilaannya sejak dari dulu lagi.

“ Beg tangan ini datang dalam pelbagai koleksi antaranya Warwick, Essex, Halborn, Abbey dan Kew, setiap rekaan ini mendapat sentuhan gabungan Asia dan Itali yang terperinci. Ia amat sesuai digayakan oleh wanita di semua peringkat umur,” katanya.

Rita mendapat idea menamakan jenama Victoria Slona ketika berada di United Kingdom.

“ Ketika itu saya menaiki keretapi di UK dan berada di antara stesen Victoria Street dan Sloane Street. Secara spontan, teman saya mencadangkan agar saya ada nama samaran. Jadi saya gabungkan dua nama itu,” katanya.

Jom tengok gambar koleksi bag Victoria Sloane yang memukau. Raya pun dah nak dekat, jom dapatkannya sekarang di platform Shopee sekarang!

SGMS Faida