BKM 2022: Bayaran Fasa 1 Bermula 28 Mac Ini

Bagi yang tertanya-tanya bilakah agaknya pembayaran Bantuan keluarga Malaysia mula dikreditkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) melibatkan 8.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak hampir RM2 bilion akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Mac ini.

Penerima BKM akan menerima bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kepada kelayakan mereka.

Tambahnya lagi, bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei depan untuk tempoh sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN:BKM 2022: Kaedah Bayaran BKM Bagi Mereka Yang Ada ATAU Tidak Ada Akaun Bank

ARTIKEL BERKAITAN:Jom Semak Jumlah Bayaran BKM 2022 Mengikut Kategori & Syarat Kelayakan Penerima

Proses itu adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank mereka bermula 28 Mac hingga 8 April depan.

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak pula akan menerima bantuan tersebut pada 30 Mac ini menerusi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Terdahulu, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi hantraan Facebook miliknya memaklumkan,  bayaran BKM akan dibuat selewat-lewatnya 31 Mac ini.

Untuk semakan status kelulusan BKM, anda boleh semak melalui pautan bkm.hasil.gov.my

 

 

ARTIKEL BERKAITAN:BKM 2022: Semak Status & Tarikh Bayaran Fasa 1 Bermula Mac Ini

ARTIKEL BERKAITAN:Tarikh Pendaftaran Baharu & Kemas Kini BKM Dibuka Bermula Hari Ini Sehingga…

ARTIKEL BERKAITAN:Mohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Sehingga RM2,000 & Jom Semak Syarat Kelayakan

Salma Syahbuddin