BKM 2022: Semak Status & Tarikh Bayaran Fasa 1 Bermula Mac Ini

Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk membuat semakan status kelulusan dan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 fasa 1 yang dijangka akan dibuat bermula Mac ini.

Untuk makluman, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah memaklumkan bahawa tempoh permohonan dan pengemaskinian BKM 2022 adalah bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.

Justeru itu, bayaran pertama BKM Fasa 1 dijangka akan diterima bermula awal Mac ini.

Berikut merupakan cara membuat semakan status dan bayaran yang bakal diterima mengikut kategori.

Semakan Status BKM

Bagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di portal rasmi BKM.

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
  2. Klik LOG MASUK BKM.
  3. Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Jika anda tidak pernah memohon dan tidak pernah daftar, sila Klik [Permohonan Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru.
  4. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
  5. Klik Semak.
  6. Buat pengesahan iaitu “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
  7. Klik Ya jika kunci keselamatan anda betul.
  8. Sila masukkan Kata Laluan anda.
  9. Klik Log Masuk.
  10. Anda akan dibawa ke ‘Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM)’.
  11. Klik Menu Semakan Status.
  12. Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
  13. Status Permohonan anda sama ada Permohonan Diterima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.
  14. Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda juga akan dipaparkan.
  15. Selesai.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan sebanyak empat kali dalam tempoh satu tahun.

Tarikh pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai bayaran bantuan Keluarga Malaysia sila rujuk lampiran soalan lazim menerusi laman web berikut bkm.hasil.gov.my

 

Salma Syahbuddin