Gara-Gara Isu Isteri Hamil ‘First Baby’, Haqiem Rusli Akui Ia Sekadar Gurauan Tapi…

Penyanyi dan finalis Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) menerusi lagu Mimpi dan Lara, Haqiem Rusli tampil memberi kenyataan mengenai video yang tular beberapa hari lepas yang mengaitkan isterinya kini sedang berbadan dua.

Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 24, memaklumkan bahawa tidak timbul isu tersebut kerana ia sekadar gurauan antara beliau dan juga jurugambar terkenal, Aqo Imran.

Perkara itu dimaklumkan oleh Haqiem menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya pada Selasa.

“Gais, ramai yang dah post pasal video tentang kami akan dapat first baby. 

“Itu sebenarnya saya gurau je dengan Aqo Imran. Aqo yang rekod. Saya gurau-gurau je,” katanya.

 

Bagaimanapun dalam hantaran yang sama, Haqiem memohon agar peminat mendoakan supaya dia dan isteri, Anis Sofea dikurniakan cahaya mata.

“Buat masa sekarang belum lagi. Tetapi, kami minta doa anda semua supaya kammi dapat first baby, alright? Jangan salah faham. Assalamualaikum,” jelasnya.

Sementara itu, Anis Sofea menerusi instagram Story miliknya juga bersyukur kerana peminat mendoakan supaya dia dan suami dikurniakan zuriat.

Malah, Anis turut menguar-uarkan bahawa beliau adalah orang pertama yang akan memaklumkan mengenai perkara tersebut sekiranya dikurniakan rezeki nanti.

Terdahulu, Haqiem Rusli dan Anis Sofea selamat diijabkabulkan pada 19 November 2021, bertempat di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya dengan dua kali lafaz.

Salma Syahbuddin