Dedah Wajah Baby Girl, Salama Samheizy Nama Anak Ketiga Syatilla Melvin & Shaheizy Sam

Pelakon Syatilla Melvin akhirnya mendedahkan wajah, jantina dan nama anak ketiganya bersama Shaheizy Sam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syatilla dan Sam menamakan anak mereka, Salama Samheizy.

“Salam semua, mempersembahkan hasil menuai kami yang ke-3. SALAMA SAMHEIZY BINTI SHAHEIZY SAM. 3.05kg. Keluaq ikut tingkap. Dagu teteppppppppp,” tulis Syatilla.

Dalam pada itu, Sam turut berkongsikan perkara yang sama di Instagramnya.

“Assalamualaikum. Salama Samheizy Binti Shaheizy Sam here.. Please be good to me, dear world. I’ll be your best friend,” tulis Sam.

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan-rakan artis kepada pasangan pelakon ini teruja melihat kecomelan anak ketiga mereka.

“Suka nya tengok dia! Comel,” kata Ain Edruce

“Twin Mima ni.. congrats tilla. Selamat berpantang,” ucap Lia Natalia.

Sebelum ini, Sam dan Syatilla dikurniakan dua anak, Syeriv Samheizy dan Serima Samheizy.

Maya Basir