“Dengar Kesusahan Orang Lain, Buat Kita Lebih Bersyukur”- Kunjungan Istimewa Ebit Lew Beri Aura Positif Buat Elyana

Pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu, Elyana Emrizal, 34, melahirkan rasa syukur selepas dikunjungi oleh pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) ke rumahnya pada Rabu.

Berita itu dikongsi Elyana menerusi muat naik dilaman Instagram miliknya dengan menyifatkan kunjungan UEL itu sebagai rezeki buat keluarga.

Menurut Elyana, ia dapat menambahkan semangat dan aura positif buat dirinya yang kini sedang bertarung melawan penyakit kanser limfoma tahap empat.

“Alhamdulillah…Rezeki saya dan keluarga malam ini dapat kunjungan istimewa dari ustaz @ebitlew.

“Kunjungan ustaz ini menambah kan semangat dan aura positive kepada saya.Banyak ilmu yang saya dapat malam ni,” tulisnya.

Malah, Elyana juga mengucapkan terima kasih buat UEL kerana sudi menziarahinya dan keluarga.

“Terima kasih ustaz @ebitlew kerana sudi menziarahi saya. Semoga ustaz dan keluarga selalu dalam lindungan Allah SWT, diberikan kesihatan yang baik,umur yang panjang dan bahagia di dunia dan akhirat.

“Mendengar kesusahan ujian orang lain,membuat kan kita lebih bersyukur,” ujarnya.

Selain Elyana, UEL juga turut berkongsi mengenai perkara itu di Instagram miliknya dan menyifatkan kekuatan Elyana sebagai asbab kekuatan buat ramai rakyat Malaysia.

 

Salma Syahbuddin