Dibenarkan Dine In Di Semua Negeri Mulai Esok Bagi Individu Lengkap Vaksin

Individu lengkap dos suntikan vaksin Covid-19 di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini dibenarkan menikmati hidangan di restoran dan kedai makan mulai esok.

Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran itu merupakan antara kemudahan sosial dan ekonomi tambahan yang diputuskan dalam mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Khamis.

“Saya ingin menyarankan kepada pengusaha-pengusaha premis kedai makan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan lebih baik,” katanya.

“Pemilik premis perlu pastikan pelanggan yang memasuki premis untuk dine-in mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19,” katanya.

Seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi beberapa kriteria iaitu melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua bagi Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac, manakala bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”