Featured By: Attiqah Mohd August 19, 2021 @ 6:48pm

Dibenarkan Dine In Di Semua Negeri Mulai Esok Bagi Individu Lengkap Vaksin

Individu lengkap dos suntikan vaksin Covid-19 di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini dibenarkan menikmati hidangan di restoran dan kedai makan mulai esok.

Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran itu merupakan antara kemudahan sosial dan ekonomi tambahan yang diputuskan dalam mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Khamis.

“Saya ingin menyarankan kepada pengusaha-pengusaha premis kedai makan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan lebih baik,” katanya.

“Pemilik premis perlu pastikan pelanggan yang memasuki premis untuk dine-in mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19,” katanya.

Seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi beberapa kriteria iaitu melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua bagi Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac, manakala bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Mar 2022
Featured Thu, 25 Apr 2024

Didakwa Berniat Jahat, Bukti Lebih 400 Foto, Video & Tiket Penerbangan Tular… PA Bella Astillah Persoal Motif Sebenar Caprice – “Selidik Fakta Sebelum Main Sebar”

Harapnya clear lah benda ni. Susah-suah bagi jumpa je face to face diorang ni buat sidang media. Netizen nak tahu apa jawab je straight, senang!🙄🙄🙄

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Gara-gara Berat Badan, Aishah Tak Lalu Makan

Jangan sampai jatuh sakit ya?

Hiburan Sun, 4 Feb 2024
familuv Fri, 3 Apr 2020
Trending Wed, 13 Mar 2019
Featured Tue, 27 Jul 2021

“Beliau Banyak Korban Masa Dan Tenaga”- Ramai Pertahankan DG Hisham

Tindakan pelakon Lana Nodin dan Rita Rudaini yang mencadangkan agar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Menerusi laman sosial, rata-rata warganet tidak bersetuju […]

Hiburan Wed, 18 Sep 2019