Categories: Trending

“Saya Maafkan Sesiapa Saja Dengan…” – Netizen Terkejut Ebit Lew Terpalit Dakwaan Gangguan Seksual

Selepas pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) selesai memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (IPD), Bukit Aman, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi.

Ada warganet yang terkejut dan menyifatkan tindakan individu yang sanggup melontarkan fitnah ke atas UEL adalah sangat melampau.

 

 

Malah, UEL juga menganggap perkara terbabit adalah fitnah yang sangat kejam ke atas dirinya namun menyerahkan perkara tersebut kpada pihak polis untuk siasatan selanjutnya.

“Saya dipanggil untuk membantu siasatan dan menjadi saksi bagi pertuduhan yang dilemparkan terhadap saya.

“Saya serahkan kepada polis untuk siasatan. Ini satu fitnah yang sangat kejam dan melampau.

“Saya maafkan sesiapa saja dengan apa yang terjadi (fitnah gangguan seksual). Orang di luar sana mungkin boleh nilai sendiri.

“Alhamdulillah syukur, Allah SWT menentukan segala-galanya. Saya percaya hidup ini hanya satu tujuan untuk Allah sayang.

“Saya dipanggil bagi membantu siasatan atas tuduhan gosip di luar sana. Saya serahkan kepada polis sepenuhnya,” ujarnya kepada Harian Metro.

 

Salma Syahbuddin