Masih Bertarung Dengan COVID-19, Fazli Zainal Kongsi Perkembangan Terkini

Umum maklum keadaan penyanyi, Fazli Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang akibat positif COVID-19.

Terbaru, menerusi laman Instagram, Fazli berkongsi tahap kesihatan semasanya.

“Alhamdulillah beransur pulih & nampak progress. Sabar ye semua. Alhamdulillah saya sangat okay. Terima kasih atas doanya” tulis Fazli.

Menerusi rakaman video yang dimuatnaik dapat dilihat Fazli masih bernafas dengan menggunakan alat bantuan pernafasan namun beliau tetap cuba menjawab beberapa soalan yang diutarakan oleh peminat.

Malah, Fazli juga sempat berkongsi beberapa amalan pemakanan sunnah yang diamalkannya sejak disahkan positif COVID-19

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan doa agar Fazli kembali pulih seperti sedia kala.

Terdahulu, Fazli dikejarkan ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur selepas paras oksigennya menurun sehingga 75 peratus.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”