Donald Trump Anjur Majlis Buka Puasa

Wow! Sejak bergelar presiden Amerika Syarikat, ini merupakan kali pertama Presiden Donald Trump menganjurkan majlis iftar bagi mengisi tradisi berbuka puasa bersama jemputan kenamaan Islam, tradisi yang sudah lama diamalkan Rumah Putih.

Trump yang sering mencetuskan retorik anti-muslim, bagaimanapun enggan meneruskan tradisi sama pada tahun pertamanya sebagai presiden.

Lebih 50 tetamu diundang ke majlis berkenaan termasuk Duta Arab Saudi, Putera Khalid Ben Salman dan Duta Jordan, Dina Kawar.

Duta dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Tunisia, Iraq, Qatar, Bahrain, Maghribi, Algeria dan Libya turut diundang.

Sementara itu di luar Rumah Putih, sekumpulan penunjuk perasaan melaungkan slogan, memprotes usaha Trump mengharamkan pendatang dari beberapa negara majoriti Islam.

“Kami rasa ini kemuncak tindakan hipokrit Donald Trump. Mengenakan sekatan terhadap orang Islam dalam masa sama meraikan diplomat kanan di Rumah Putih untuk berbuka puasa,” kata Bilal Askaryar. 

Sumber: AFP

SGMS Faida