FATTAH, FAZURA NAIK PELAMIN 25 FEBRUARI

Akhirnya, selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga, pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin bakal bersanding pada 25 Februari ini. Tak sabar rasanya nak tengok merpati dua sejoli ini duduk bersanding atas pelamin…hehe

Memilih Februari sebagai bulan untuk meraikan hari bersejarah, persandingan pasangan sama cantik sama padan ini akan diadakan di sebuah hotel di ibu kota.

Terdahulu, Fattah dan Fazura selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkenal, di ibu negara, 27 November lalu.

Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0, itu hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam.

Kronologi kisah cinta Fattah, 27, dan Fazura bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri popular itu sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.

Sumber: Berita Harian

 

SGMS Faida