Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

MAKAN BESAR DENGAN AYAMAS ‘GOLDEN SESAME ROASTER’

Sempena perayaan Tahun Baru Cin tak lama lagi, Kedai Ayamas melancarkan ayam panggang terbaharunya, ‘Golden Sesame Roaster’.

Dengan kerjasama Johor Corporation, mereka turut  menghasilkan buku masakan “Nak Masak Apa Mak? Meh Mak Tunjuk …”

Buat penggemar ayam panggang, kali ini Ayamas menampilkan resepi yang cukup istimewa. Ayam diperap menggunakan kaedah  vacuum tumbler marinator dan diadun dengan perisa bijan panggang! Fuh!, kombinasi rasa masam, manis dan savuri, memang tak rugi dapatkannya!

Ayam panggang ‘Golden Sesame Roaster’ dijual dengan harga RM26.88 namun  bagi mereka yang inginkan hidangan yang lebih besar, set hidangan “Prosperity Feast” boleh didapati dengan harga RM44.88 manakala set hidangan “Prosperity Dinner” berharga RM22.88.

Dapatkannya sekarang di Ayamas Roaster Express dan cawangan Deli Ayamas sahaja. Jangan terlambat sementara stok masih ada. Untuk makluman jualan akan tamat selepas  12 Mac 2018.

Dalam pada itu sebuah buku masakan terbitan Mutiara Johor Corporation dan Women OnWards Kulim, atau ringkasnya WOW, bakal berada di pasaran. 

Menyediakan 60 jenis resepi tradisional kegemaran sepanjang zaman, buku ini dilengkapi pelbagai juadah hidangan salad, sayuran, lauk-pauk, pastri, kek, biskut dan pencuci mulut. Boleh lah memilih mana-mana resepi  sesuai sebagai persiapan menjelang Ramadhan nanti.

Dengan harga RM29.90 senaskah, penerbitan buku masakan ini bertujuan mengumpul dana bagi program kebajikan serta kesejahteraan sosial yang dijalankan oleh Mutiara Johor Corporation dan juga untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan wanita di ladang-ladang milik Kulim (Malaysia) Berhad melalui WOW!

Kami di xtra.com mengucapkan selamat ‘makan besar’ kepada kaum Tionghua yang menyambut Tahun Baru Cina pada 16 Februari ini.

SGMS Fas