Gara-gara Cemburu, Lelaki Bunuh Anak Tiri

Seorang lelaki yang dikatakan cemburu bertindak membunuh bekas anak tirinya yang berlaku di Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, Indonesia.

Kejadian tersebut difahamkan telah berlaku sedikit pertelingkahan antara suspek dan bekas anak tirinya.

Sebelum dibunuh, mangsa ada menjerit meminta tolong dan selepas itu, penduduk tiba-tiba terdengar ada kekecohan berlaku di rumah mangsa.

Tidak lama kemudian, mangsa dilihat keluar dari rumah dengan keadaan badannya dipenuhi luka, termasuklah di bahagian punggung, belakang dan kepala sebelum dia jatuh tidak jauh dari rumah.

Berikutan kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital sementara suspek ditahan untuk menjalani siasatan lanjut.

 

Sumber: Tribun Jabar

Kredit Foto: Tribun Jabar

Marcella