Categories: Trending

“Kepada Yang Mudah Terhibur Dengan Cerita ‘Sampah’ 2 Manusia Tu…” – Izwan Azir Saleh Minta Media Hentikan ‘Drama’ DSV & Iqbal

Penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir Saleh memohon agar media tertentu berhenti memberikan liputan terhadap kisah yang berlaku antara usawahan selebriti, Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Izwan yang mengendalikan segmen Diskusi Harian bersama Muaz setiap Isnin hingga Jumaat jam 3 petang hingga 7 malam di Buletin FM itu meluahkan pandangannya menerusi ciapan di laman Twitter.

“Saya minta sangat-sangatlah media-media tertentu ni hentikan drama Iqbal dan DS Vida ni. Drama begitu zaman kita menonton Opah atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu dulu bolehlah. Ini dah tahun 2021! Takkan mentaliti kita tahap itu sahaja?

“Saya tahu ada faktor pembelian ruang berita oleh golongan berada ini supaya cerita begini dijual, dijaja tapi come on! Duit mereka lebih penting atau bentuk pemikiran anak bangsa kita pada masa depan yang lebih penting?” luahnya.

Izwan yang merupakan bekas penyampai TV3 itu juga menyifatkan berita sensasi berkenaan DSV dan Iqbal tidak memberikan sebarang manfaat.

“Kepada yang mudah terhibur dgn cerita ‘sampah’ dua manusia tu, ketahuilah, mereka kahwin atau tidak, dia buat lagu Caprice atau Floor 88 ke, tak letak nasi dalam pinggan kita, tak bayar hutang bank kita. Dia untung dapat trafik, kita dapat apa? Otak makin layu,” tulisnya lagi.

Padin