Isu Gegelang Sotong Berasal Dari Usus Babi Adalah TIDAK Benar – KPDNHEP

Sebelum ini tular mengenai isu gegelang sotong didakwa berasal dari rektum atau usus babi sehingga pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjalankan siasatan lanjut berkenaan isu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sotong Ring Didakwa Dari Usus Babi, Jakim Masih Jalankan Siasatan

Susulan isu tular tersebut, pihak Kementerian Perdagangan Dalan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini melaporkan bahawa sampel gegelang sotong sejuk beku itu tidak mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan ini disahkan oleh Jabatan Kimia Malaysia.

“Pihak KPDNHEP ingin menasihati pengguna agar berhati-hati dalam menyebarkan maklumat terutamanya di media sosial termasuklah isu berkaitan halal kerana ia boleh mendatangkan kegusaran kepada orang ramai,” katanya.

Malah, Jabatan Perikanan (DOF) juga mengesahkan tiada DNA babi dikesan pada sampel gegelang sotong sejuk beku seperti yang ditularkan di media sosial.

 

Sumber : Bernama, BH

Salma Syahbuddin