“Memang Limited…”- Alif Satar & Izzue Islam Dipuji Sehingga Netizen Wujud ‘Persatuan Suami Setia & Handsome’!

Nama Alif Satar dan Izzue Islam tak asing di ingatan peminat dunia hiburan kerana sering dikaitkan dengan penampilan yang memukau serta tidak lekang dengan pujian netizen kerana sering meluahkan kasih sayang terhadap isteri tercinta.

Malah, apa yang lebih menarik lagi adalah apabila mereka berdua tergolong dalam ‘Persatuan Suami Setia dan Handsome’ yang telah diwujudkan oleh netizen daripada sebuah hantaran TikTok milik Izzue. Amboi, macam-macam ya!

Menerusi video tersebut, dapat dilihat mereka berdua sedang menari sehingga berjaya mencuri perhatian netizen yang memuji mereka tampak sangat bergaya dan ‘macho’.

@izzueislam Yeke laki orang lagi digemari? 😏 @itsalifsatar ♬ original sound – 3P

Sementara itu, pujian harus diberikan kepada Izzue kerana pernah diuji dengan hinaan daripada mulut lancang netizen yang mengecam wajah permaisuri hati Izzue sebagai kurang cantik, namun selebriti ini tetap teguh mempertahankan isteri tercinta sehingga kini.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ramai dalam kalangan netizen yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga selebriti kesayangan ramai ini.

Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang menambah nama selebriti seperti Datuk Aaron Aziz, Aeril Zafrel, Hairul Azreen dan Shukri Yahaya dalam persatuan tersebut sehingga ada netizen yang sempat berseloroh dengan berkata mereka mesti ada WhatsApp group ‘Suami Setia’. Okay, ini win! HihiNama Alif Satar dan Izzue Islam tak asing di ingatan peminat dunia hiburan kerana sering dikaitkan dengan penampilan yang memukau serta tidak lekang dengan pujian netizen kerana sering meluahkan kasih sayang terhadap isteri tercinta.

Malah, apa yang lebih menarik lagi adalah apabila mereka berdua tergolong dalam ‘Persatuan Suami Setia dan Handsome’ yang telah diwujudkan oleh netizen daripada sebuah hantaran TikTok milik Izzue. Amboi, macam-macam ya!

Menerusi video tersebut, dapat dilihat mereka berdua sedang menari sehingga berjaya mencuri perhatian netizen yang memuji mereka tampak sangat bergaya dan ‘macho’.

Sementara itu, pujian harus diberikan kepada Izzue kerana pernah diuji dengan hinaan daripada mulut lancang netizen yang mengecam wajah permaisuri hati Izzue sebagai kurang cantik, namun selebriti ini tetap teguh mempertahankan isteri tercinta sehingga kini.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ramai dalam kalangan netizen yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga selebriti kesayangan ramai ini.

Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang menambah nama selebriti seperti Datuk Aaron Aziz, Aeril Zafrel, Hairul Azreen dan Shukri Yahaya dalam persatuan tersebut sehingga ada netizen yang sempat berseloroh dengan berkata mereka mesti ada WhatsApp group ‘Suami Setia’. Okay, ini win! Hihi

Aqilah Paharuzi