Stacy Umum Berita Gembira, Kini Hamil 4 Bulan – “Tak Boleh Nak Tutup Dah, Perut Dah Besar”

Penyanyi Stacy Anam akhirnya berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya menerusi sebuah program hiburan di stesen televisyen berbayar pada Selasa.

Stacy atau nama sebenarnya, Syaikhah Stacy Anam, 32, memaklumkan mengenai perkara itu apabila sering diasak dengan soalan yang sama sejak beberapa bulan lalu.

Malah, sebelum ini warganet mendakwa terlihat ‘baby bump’ komposer dan penulis lirik itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Justeru itu, tanpa berselindung, pelantun lagu Gagap ini akhirnya mengakui kesahihan perkara tersebut dan memaklumkan dia kini sedang hamil empat bulan.

“Kalau dah tak boleh nak tutup, dah pecah lubang tu iya lah. Alhamdulillah, ya betul saya hamil empat bulan.

“Tapi tak boleh sembunyi dah, besar dah perut ,” katanya.

Terdahulu, sebelum mendirikan rumah tangga bersama Akim Ahmad, Stacy memiliki seorang anak angkat, Bella De Luna Valentina, 9, dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Eshaal Afiq Hakim, yang kini berusia 5 tahun hasil perkahwinannya bersama Akim pada 2016.

Salma Syahbuddin