Featured By: Salma Syahbuddin May 30, 2022 @ 2:41pm

Jangan Persendakan Agama! Trend Meniru Gaya Solat Dengan Kipas Makin Berleluasa, Individu Boleh Dikenakan Tindakan Berat

Baru-baru ini viral di aplikasi TikTok mengenai tindakan beberapa remaja dari negara seberang yang dilihat menjadikan kipas sebagai makmum mereka.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa, betapa ceteknya pengetahuan dan ilmu anak muda masa kini yang dilihat mudah terpengaruh dengan perbuatan yang disifatkan sebagai merendah-rendahkan agama semata-mata mahu meraih ‘followers’ yang tinggi.

Justeru itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata perbuatan itu menjadi ikutan anak muda dan remaja sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Saya nasihatkan kepada anak muda semua supaya mendapatkan ilmu agama dengan mencari guru yang boleh mengajarkan dengan betul seperti melalui kuliah di masjid, surau dan sebagainya.

“Janganlah ambil ilmu yang ditiru dari Youtube dan mana-mana sumber yang tidak diketahui, jadi perkara yang mengarut dan pelik ini diminta supaya laporkan kepada pejabat agama supaya boleh diambil tindakan.

“Janganlah mengambil kesempatan buat perkara begini terutama soal ibadat kerana ia menzalimi orang-orang yang terkena dengan perbuatan mereka.

“Pihak yang terkena diharapkan membuat laporan polis supaya pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit,” katanya.

@zyanrezfan dalam beberapa hri belakangan ini beredar vidio orang sholat yg gerakan salam nya bersamaan dengan KIPAS Angin. wahai para saudara saudari ku apa tidak ada lelucoan lain selain dgn shalatmu , ada apa dengan dunia ini, #fyp #fyp ♬ Ya Allah – Wali

 

 

Sumber: TikTok, Harian Metro, BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 Oct 2019

Ella, Hujan, Bunkface Hiburkan Peminat Di Konsert Haus Boom Music 2019

Harga jualan tiket bermula dari RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone) dan boleh dibeli menerusi aplikasi TicketApps bermula 18 Oktober ini.

Featured Mon, 22 May 2023

#ICSYVM Musim Ke-6 Kekal Relevan, Terima Sambut Hangat Penonton!

#ICSYVM6 -Anda sekeluarga kini adalah penyiasat!

Trending Mon, 29 Aug 2022

“Kalau Jumpa Saya Waktu Siang, Nampak Elok Kerana…” – Ustaz Kazim Bakal Berubat Di Arab

Sampai ke Arab ye cari penawar! Apa-apapun semoga Ustaz kembali sihat!

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Uyaina Enggan Lepaskan Peluang?

Wah, bertuah betul Uyaina ni kan, bukan sahaja cantik tetapi beliau sangat berbakat

Hiburan Mon, 10 Jul 2023