Jom Semak Syarat Dan Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Secara One Off

Dengan inisiatif meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19, kerajaan pada Rabu mengumumkan kebenaran pengeluaran wang simpanan RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 1 April ini.

Berikut merupakan cara semak dan mohon pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 secara one -off.

Syarat & Cara Permohonan Pengeluaran KWSP

Syarat-syarat permohonan pengeluaran khas KWSP oleh ahli adalah seperti berikut:

  • Berumur dibawah 55 tahun kebawah
  • Mempunyai baki wang di dalam Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP

Bagaimanapun, cara permohonan untuk pengeluaran KWSP khas ini masih diperincikan lagi namun, pemohon perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka terdahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

Kadar Jumlah Pengeluaran KWSP

Ahli pencarum boleh mengeluarkan jumlah minimum sebanyak RM50 hingga maksimum sebanyak RM10,000.

Tarikh Permohonan Pengeluaran KWSP

Ahli pencarum boleh membuat permohonan pengeluaran wang khas KWSP bermula:

  • Tarikh Dibuka : 1 April 2022
  • Tarikh Ditutup : 30 April 2022.

Tempoh Pembayaran KWSP

Tempoh pembayaran wang khas KWSP akan dilaksanakan bermula pada 20 April 2022.

Sebelum itu, anda bolehlah semak terlebih dahulu baki simpanan KWSP anda. Adakah anda layak untuk membuat pengeluaran ataupun tidak.

Untuk semakan penyata baki akaun, anda bolehlah semak di i-Akaun .

 

Sumber: KWSP

Salma Syahbuddin