Insentif i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mula diperkenalkan sejak 2018 lagi dimana, ia memberi manfaat kepada golongan suri rumah dengan jaminan masa depan kerana bantuan ini diberikan dalam bentuk skim KWSP sama seperti ahli yang lain.
Skim bantuan ini diberikan bagi menggalakkan para suri rumah untuk mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua, atau ketika menghadapi kesusahan seperti perceraian, kematian suami dan suami hilang upaya.
Antara faedah bantuan i-Suri adalah;
Berikut merupakan syarat kelayakan dan pendaftaran bantuan i-Suri;
Untuk makluman, suri rumah hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada suatu masa. Sekiranya telah berdaftar dengan insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru.
Pendaftaran /permohonan boleh dibuat oleh kumpulan sasar yang berkelayakan dan tersenarai dalam senarai eKasih.
Manakala, pendaftaran boleh dibuat dimana-mana kaunter KWSP di seluruh Malaysia.
Antara dokumen yang diperlukan ialah;
Berikut merupakan kaedah pembayaran caruman i-Suri;
Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik (Maybank & Public Bank)
Sumbangan kerajaan juga akan dikreditkan ke akaun KWSP pencarum sebanyak 2 kali tempoh Januari hingga Jun, Julai hingga Disember pada setiap tahun.
Untuk maklumat lanjut berkenaan caruman i-Suri KWSP, anda bolehlah layari portal rasmi KWSP atau hubungi talian 03-8922 6000.
Sumber : KWSP
Nasi dah jadi bubur 🥲
Kekasih baru lagi ke ni?👀