Kadar Kebolehjangkitan Makin Meningkat, KKM Bimbang Jika…

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau hospital di seluruh negara susulan indikator kadar kebolehjangkitan COVID-19 (R-Naught) Malaysia meningkat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapannya di Twitter pada Jumaat.

 

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di akaun Twitter beliau menyifatkan peningkatan semula kadar kebolehjangkitan bermakna kes harian semakin mendatar.

“Kebimbangan kita (KKM) adalah jika ia (kes harian) kembali meningkat,” katanya.

Tegasnya, kumpulan rentan dinasihatkan supaya mendapatkan segera dos penggalak apabila janji temu diberi.

 

Salma Syahbuddin